Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Hadiah Masuk IPT Selangor

Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000 2024/2024

Posted on March 11, 2024March 11, 2024 By mymalaysiakini.com

Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000 2024/2024

Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000. Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) kini dialu-alukan untuk memohon Hadiah Pengajian Masuk IPT (HPIPT) Selangor Tahun 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda caara permohonan, semoga membantu

Apa Itu HPIPT Selangor Hadiah Masuk IPT Selangor

Hadiah Pengajian Insitut Pengajian Tinggi (HPIPT) diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40. Ianya adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS. Selain ini ia juga bakal melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.

Syarat Kelayakan HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000

Pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT  perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
  • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah mendapat tawaran untuk memasuki semester pertama.
  • Pemohon sudah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  • emohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  • Permohonan hanya untuk tahun pertama sahaja.
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pendapatan isi rumah ibu,bapa atau penjaga berjumlah 5000 dan kebawah.
  • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai Permohonan Gagal.

Tarikh Permohonan HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000

Permohonan HPIPT  kini dibuka pada 15 Mac 2024 hingga 15 April 2024 secara atas talian

Cara Memohon HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000

Untuk memohon HPIPT , pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web ini: https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/
  • Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
  • Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  • Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  • Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.
  • Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
  • Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Diperlukan Permohonan Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000

Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  • Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  • Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
  • Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  • Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.

Cara Semakan Status Permohonan HPIPT

Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT.

Cara Pembayaran HPIPT 2024

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima bayaran hadiah sebanyak RM1000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja. Setiap permohonan hanya layak diberi sekali sepanjang pengajian, sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

Soalan Lazim (FAQ) HPIPT

Adakah pemohon ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia layak untuk membuat permohonan HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor ?

Tidak boleh. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.

Adakah Pemohon, ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor boleh membuat permohonan HPIPT ?

Boleh dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon juga telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.

Adakah pelajar tahun pertama dan semester pertama merujuk perkara yang sama?

Tidak. Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. Sebagai contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Oktober 2020, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT 2022 sehingga Oktober 2023 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT  dibuka.

Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 boleh memohon HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor?

Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak layak memohon.

Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG) adakah saya layak untuk memohon HPIPT Hadiah Masuk IPT Selangor 2024 ?

Untuk pengetahuan, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti IPG dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih?

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih.

Masklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000 HPIPT 2024, sila hubungi Urusetia Hadiah Masuk IPT Selangor RM1000 HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306.

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Hadiah Masuk IPT RM1000 HPIPT 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes