Biasiswa Zakat Kedah Permohonan Biasiswa LZNK Posted on March 13, 2024 By mymalaysiakini.com Biasiswa Zakat Kedah Permohonan Biasiswa LZNK Mohon Biasiswa Zakat Kedah UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK Biasiswa UniSHAMS di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Pemohon yang layak dipelawa memohon biasiswa ini untuk dipertimbangkan permohonan tersebut. TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN BIASISWA UNISHAMS, LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS) Kini dibuka kepada Pelajar Tahun 1 Kemasukan tahun 2024/2025 ! Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Biasiswa Pendidikan UniSHAMS Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Pemohonan Biasiswa UniSHAMS lembaga zakat negeri kedah 2024/2025 Apakah Biasiswa Zakat Kedah Pelajar UniSHAMS? Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak. Pemohonan Biasiswa UniSHAMS lembaga zakat negeri kedah Kadar Bantuan & Kelebihan Biasiswa LZNK UniSHAMS Diploma (semua bidang pengajian) : RM 5,000.00 (semester), RM10,000 (setahun) Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian) : RM 6,000.00 (semester), RM12,000 (setahun) KELEBIHAN BIASISWA UniSHAMS LZNK Antara kelebihan biasiswa ini adalah seperti berikut: Terbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun Tajaan penuh RM12, 000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma. Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum Syarat Kelayakan Biasiswa Zakat Kedah UniSHAMS Syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa LZNK Kedah ini tebahagi kepada dua kategori iaitu pemohon diploma dan juga pemohon kategori ijazah sarjana muda. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon Biasiswa Zakat Kedah Penuh Pendidikan (UniSHAMS) yang memenuhi syarat seperti maklumat berikut : Diploma: Bagi pengajian diploma syarat permohonan Biasiswa UniSHAMS adalah seperti berikut: Pemohon mestilah beragama Islam Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2024/25 (Intake Jun) Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat) Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40) Ijazah Sarjana Muda: Bagi pengajian ijazah sarjana muda pula syarat permohonan biasiswa UniSHAMS adalah seperti berikut: Pemohon mestilah beragama Islam Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun) Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40) Cara Memohon UniSHAMS LZNK Cara membuat permohonan Biasiswa Zakat Kedah UniSHAMS ini adalah seperti berikut: Sila layari Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut. Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut: Salinan Kad Pengenalan Pemohon Gambar pemohon berukuran passport Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah) Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan : Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Menara Zakat Jalan Teluk Wan Jah 05200, Alor Setar Kedah Darul Aman. Telefon : 047331740 Peringatan *Setiap pemohonan biasiswa UniSHAMS dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem. *Sila pastikan anda klik pada HANTAR PERMOHONAN setelah selesai mengisi profil permohonan untuk hantar permohonan Tarikh Permohonan Semakan tarikh permohonan biasiswa UniSHAMS dibuka dan tutup adalah seperti berikut: Tarikh permohonan DIBUKA *akan dikemaskini Tarikh tutup permohonan *akan dikemaskini. Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Biasiswa Zakat Kedah UniSHAMS atau perkara berkaitan Lembaga Zakat Negeri Kedah anda boleh hubungi LZNK di: Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my Email : pendidikan@zakatkedah.com.my Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman Tel: 04-7331740 Info penuh: http://bit.ly/GarisPanduanUnishams ” Zakat Anda Merubah Asnaf “ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah. Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Biasiswa Zakat Kedah UniSHAMS ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com