Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Posted on March 13, 2024March 13, 2024 By mymalaysiakini.com Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Kepada pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 di negeri Pahang,Yayasan Pahang telah membuka peluang untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM). Apa Itu Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang? Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan BSM sejak tahun 1983 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Sekolah Menengah. Biasiswa Sekolah Menengah diberikan kepada isi rumah di Negeri Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003 Biasiswa Sekolah Meengah juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tarikh Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Permohonan bagi Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 *akan dikemaskini kelak. Countdown tarikh tutup gambar dibawah adalah pada tarikh artikel ini diterbitkan. Kadar Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Kadar bayaran BSM yayasan Pahang adalah seperti berikut: Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun. Namun selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun. Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Pemohon yang ingin memohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan seperti berikut: Pemohon BSM ialah warganegara Malaysia. Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan. Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah. Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut. Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik. Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang Berikut adalah cara memohon BSM Yayasan Pahang: Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/ Soalan Lazim 1.Berapakah jumlah wang yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya diluluskan? Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun. 2.Adakah layak untuk memohon jika anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3? Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan. 3.Bagaimana cara hantar borang permohonan BSM? Borang permohonan BSM perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang. 4.Saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 11 tahun bolehkah saya layak memohon BSM Layak. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM. 5.Anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian adakah anak saya layak untuk memohon BSM? Tidak layak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja. Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Program Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang. Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum. Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang BSM telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar BSM Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa. Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP. Sebagai penambahbaikan tahun 2022, (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang Maklumat Lanjut & Pertanyaan Untuk maklumat lanjut berkaitan BSM yayasan pahang ini atau pertanyaan lain berkaitan anda boleh layari laman web http://www.yp.org.my/ atau Hubungi Yayasan Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang No. Tel : 09-5181800 / No. Fax : 09-5181888 Waktu Operasi : Isnin-Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg (kecuali cuti umum) Rehat (Isnin-Khamis) : 1.00 ptg – 2.00 ptg Rehat (Jumaat) : 12.15 ptg – 2.45 ptg Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai BSM Yayasan Pahang ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com