Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Contoh Kertas Kerja

Contoh Kertas Kerja Format Terkini

Posted on March 6, 2024March 7, 2024 By mymalaysiakini.com

Contoh Kertas Kerja Format Terkini

Contoh kertas kerja berikut adalah penting sebagai rujukan anda yang ingin melakukan sesuatu seminar kerja atau projek mengikut format terbaru.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

 Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan.

Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.contoh kertas kerja

Jenis Kertas Kerja

Secara umumnya terdapat 2 jenis contoh kertas kerja iaitu

KERTAS KERJA SEMINAR

KERTAS KERJA PROJEK

Apa itu kertas kerja?

Kertas kerja merupakan dokumen rasmi cadangan untuk menyakan sesuatu program yang turut disertakan dengan beberapa butiran penting seperti yang berikut:

  • Bajet kewangan
  • Objektif
  • Tarikh
  • Masa dan aturcara program
  • Nama AJK yang terlibat sebagai pelaksana
  • Tempat

… dan segala butiran lain yang dirasakan perlu bagi memastikan idea atau cadangan yang dinyatakan dalam kertas kerja ini mudah difahami dan dipertimbangkan.

Contoh Program

Contoh program – program yang memerlukan untuk membuat kertas kerja

Berikut merupakan antara program-program yang memerlukan penganjur menyediakn kertas-kerja bagi menyakan program-program ini:

  • Kertas Kerja Program lawatan sambil belajar
  • Kertas Kerja Program sukaneka
  • Kertas Kerja Program keceriaan kelas
  • Kertas Kerja Mesyuarat PIBG
  • Kertas Kerja Program merentas dewa
  • Kertas Kerja Acara sukan tahunan
  • Kertas Kerja Program seminar motivasi PMR/SPM
  • Kertas Kerja Pertandingan kawad kaki
  • Kertas Kerja Perarakan bulan kemerdekaan
  • Kertas Kerja Sambutan Hari Guru
  • Kertas Kerja Program pemantapan sahsiah murid
  • Kertas Kerja Program Anugerah Pelajar Cemerlang
  • Kertas Kerja Program Majlis Persaraan
  • Kertas Kerja Kem Motivasi Pelajar
  • Kertas Kerja Program Perkhemahan Perdana
  • Kertas Kerja Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR/SPM

dan lain-lain lagi

Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya.

Contoh serta format kertas kerja seminar adalah seperti berikut:

Format contoh Kertas Kerja Seminar yang mesti diikuti adalah seperti berikut:

  • • Tajuk
  • • Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
  • • Nama institusi
  • • Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
  • • Pengenalan
  • • Sorotan kajian
  • • Metodologi
  • • Analisis data / Dapatan
  • • Rujukan
  • • Lampiran

Untuk muat turun contoh kertas kerja sebagai panduan anda, anda boleh klik link yang disediakan di bawah:

(Klik Sini Untuk Download)

Kertas Kerja Projek

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.

Contoh serta format kertas kerja yang perlu diikuti bagi kertas kerja projek adalah seperti berikut:

Format Kertas Kerja Projek

  • • Tajuk
  • • Latar belakang / Rasional
  • • Objektif / Matlamat
  • • Jangka masa yang diperlukan
  • • Kumpulan sasaran
  • • Andaian-andaian halangan
  • • Anggaran belanjawan
  • • Penubuhan jawatankuasa
  • • Menentukan jadual tugas
  • • Pelaksanaannya

Download Kertas Kerja Projek

(Klik Sini Untuk Download)

Penulisan

Contoh penulisan kertas kerja adalah seperti berikut:

FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

KEPADA

PERTUBUHAN BUKAN

KERAJAAN (NGO)

Perhatian:

Kertas kerja ini TIDAK BOLEH dijadikan sebagai asas kelulusan, hanya sebagai CONTOH kepada pihak Pertubuhan dalam menghasilkan kertas kerja yang menepati kehendak UrusSetia Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan (BK) KPWKM Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ianya tidak boleh digunapakai untuk apa-apa tujuan selain peruntukan ini tanpa kebenaran secara bertulis daripada pihak Urus Setia.

KANDUNGAN

Bil                                                                Butiran Muka surat

  1.         TAJUK           1

  2.         TUJUAN        1

  3.         LATAR BELAKANG            1

  4.         OBJEKTIF     2

  5.         KOMPONEN PROGRAM   3

5.1       CADANGAN TARIKH         3

5.2       CADANGAN TEMPAT        3

5.3       KUMPULAN SASAR          3

5.4       BILANGAN PESERTA        3

5.5       BILANGAN PROGRAM      4

5.6       KAEDAH PELAKSANAAN            4

6.         TENTATIF ATUR CARA PROGRAM       5

  7.         ANGGARAN PERBELANJAAN   6

  8.         FAEDAH       7

  9.         KESIMPULAN          8

1. TAJUK

a.        Nyatakan tajuk kertas kerja yang ingin dilaksanakan

b.        Hendaklah mengikut bidang keutamaan yang telah ditetapkan

c.         Contoh:

Seminar Mencegah, Membasmi dan Menangani Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Tempat Kerja

2. TUJUAN

a.Nyatakan tujuan kertas kerja dihasilkan.

b.Contoh:

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan  seminar  mencegah,  membasmi  dan  menangani gangguan  seksual  terhadap  wanita  di  tempat kerja kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Antara Maklumat Penting

3. LATAR BELAKANG

a. Nyatakan pengenalan, latar belakang, hubung kait dan kepentingan program yang dicadang untuk dilaksanakan dengan pihak Pertubuhan.

b. Contoh:

Pada masa kini, semakin banyak pihak yang membincangkan isu gangguan seksual di tempat kerja. Isu ini turut mendapat liputan yang meluas di kalangan pihak media.

Menurut statistik kes gangguan seksual di tempat kerja yang diperolehi daripada (nama agensi), sebanyak (bilangan kes) kes telah dilaporkan dan sejumlah (bilangan kes) kes telah dibawa ke mahkamah. Daripada jumlah berikut, (bilangan kes) kes telah Berjaya disabitkan. Mengikut data yang diperolehi daripada (nama agensi), hampir (jumlah peratusan) mangsa adalah terdiri dari kalangan kaum wanita.

Menyedari peningkatan kes sebegini, maka pihak Pertubuhan (Nama Pertubuhan) menyedari tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan berkenaan gangguan seksual di tempat kerja, faktor faktor penyumbang,cara-cara untuk menangani, peranan  serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi sama ada kerajaan mahupun  swasta dalam membantu menangani kes gangguan seksual terhadap wanita di  tempat kerja.

4. OBJEKTIF

a.        Jelaskan objektif-objektif program yang dianjurkan.

b.        Contoh:

Pelaksanaan program ini akan membantu pihak Kerajaan dan Pertubuhan mencapai (bilangan objektif) objektif seperti berikut:

i.Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja wanita tentang gangguan seksual di tempat kerja.

Pekerja wanita perlu diberi pengetahuan dan kesedaran berkenaan kes-kes gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja. Ianya penting bagi membantu mereka dalam memahami situasi serta jenis-jenis perlakuan yang diklafisikasikan sebagai gangguan seksual.

ii. Objektif 2

      (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 2)

iii. Objektif 3

      (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 3)

iv. Objektif 4

      (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 4)

v. Objektif 5

      (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 5)

Komponen Lain Kertas Kerja

5. KOMPONEN PROGRAM

5.1        CADANGAN TARIKH

a.  Cadangan tarikh hendaklah 2 bulan lebih lewat dari tarikh memohon peruntukan. Ini bagi memastikan kertas kerja yang dihasilkan benar-benar memenuhi spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.

b.  Contoh:

Cadangan Tarikh:

1 September 2010 (sekiranya permohonan dibuat pada 1 Julai 2010.)

Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama

5.2        CADANGAN TEMPAT

a.  Cadangan tempat hendaklah bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar serta dapat membantu mencapai objektif  pelaksanaan program. Ianya perlu mengambil kira lokasi pusat kumpulan sasar serta tidak bersifat mewah.

b.  Contoh:

Cadangan Tempat:

Dewan Orang Ramai Taman Seri/Pusat Komuniti/Institusi Pendidikan/Nama Lokasi

5.3        KUMPULAN SASAR

a. Nyatakan secara khusus kumpulan sasar yang terlibat dengan program ini

b. Contoh:

Kumpulan Sasar:

Wanita yang bekerja di sektor awam dan swasta.

Baca Juga:Bantuan Tambahan RM500 PEMERKASA:Semakan Kelayakan Untuk B40 & Penerima BPR

5.4        BILANGAN PESERTA

a. Nyatakan jumlah peserta yang terlibat. b. Contoh:

Bilangan Kumpulan Sasar: 300 orang/1 program Jumlah: 5 program

Jumlah Keseluruhan (5 Program): 1,500 orang

Baca Juga: Bantuan Kanak-kanak (BKK) Cara mohon BKK

5.5        BILANGAN PROGRAM

a. Nyatakan bilangan siri bagi program yang ingin dilaksanakan.

b. Pihak Pertubuhan boleh menetapkan siri program yang ingin dilaksanakan.  Namun begitu, pihak Urusetia akan melihat kepada faktor masa dan keupayaan pihak Pertubuhan untuk melaksanakan kesemua siri program yang dipohon.

c. Contoh:

Bilangan Program: 5 siri program

Sambungan

5.6        KAEDAH PELAKSANAAN

a. Nyatakan kaedah pelaksanaan program yang dirancang untuk dilaksanakan.

b. Ianya boleh dalam bentuk bengkel, ceramah, dialog, forum dan lain-lain.

c. Pihak Pertubuhan tidak digalakkan untuk memohon program yang mengambil jangka masa melebihi sebulan ke atas. Ini bagi memastikan program yang dijalankan kelak memenuhi keperluan dan mencapai objektif  kumpulan sasar program.

d. Contoh:

Bil         Tarikh             Tempat         Bil. Peserta      Kaedah Pelaksanaan

1.         1.9.2010         Dewan Komuniti X  300     Ceramah dan Bengkel

2.         15.9.2010      Pusat Komuniti X     300     Ceramah dan Bengkel

3.         25.9.2010      Auditorium X, Universiti X  300     Ceramah dan Bengkel

4.         30.9.2010      Pusat Komuniti X     300     Ceramah dan Bengkel

5.         1.9.2010         Dewan Orang Ramai X      300     Ceramah dan Bengkel

6.  TENTATIF PROGRAM

a.  Nyatakan secara terperinci tentatif program   yang akan dilaksanakan sehingga selesai.

b.  Hendaklah mengandungi butiran seperti     masa, tajuk slot/ceramah/bengkel, nama dan kelayakan akademik setiap penceramah bagi setiap sesi.

c.  Sekiranya penceramah tidak mempunyai sijil, pihak Pertubuhan hendaklah mengepilkan resume  penceramah termasuk kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Tentatif Program Dalam Kertas Kerja

d.  Contoh:

TENTATIF PROGRAM

SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP WANITA

DI TEMPAT KERJA

Tarikh                   :  1 September 20XX

Tempat                :  Dewan Komuniti Orang Ramai, Kampung X, Bandar X, Negeri.

8.00 pagi              :  Pendaftaran peserta

8.30 pagi              :  Ceramah (Tajuk Slot/Ceramah/Bengkel) Oleh: Nama Penceramah Kelayakan Akademik

9.30 pagi              :  Ceramah (Tajuk Slot/Ceramah/Bengkel) Oleh: Nama Penceramah Kelayakan Akademik

10.30 pagi           :  Minum Pagi

11.00 pagi                 Ceramah (Tajuk Slot/Ceramah/Bengkel) Oleh: Nama Penceramah Kelayakan Akademik

Sehingga selesai…

Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.

7.          ANGGARAN PERBELANJAAN

a.  Nyatakan  secara  terperinci  anggaran  perbelanjaan  yang dipohon.

b.  PERHATIAN: Peruntukan  ini  TIDAK  BOLEH digunakan

untuk tujuan PEMBELIAN ASET seperti mesin jahit, komputer,server,perisian komputer dan sebagainya.  Ia hanya boleh digunakanuntuk tujuan melaksanakan program sahaja.

c.  Contoh:

ANGGARAN PERBELANJAAN

SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP WANITA

DI TEMPAT KERJA

i.       Pakej Kursus Tanpa Penginapan/Pakej Kursus

Beserta Penginapan

RM0 X 0 orang X 1 hari/malam                                                                                             :                                                                                      0.00

ii.      Sewa dewan (Sekiranya dilaksanakan di dewan orang ramai/yang seumpama dengannya) RM0 x 0 hari

iii.      Penceramah

:      0.00

RM0 x 0 jam                                                                                :      0.00

iv.      Bahan Guna Habis

RM0 x 0 orang                                                                            :      0.00

v.      Pengangkutan                                                                       :

0.00

Jumlah (1 Program)                                                                  :      0.00

Jumlah Keseluruhan

(RM0 x 0 (bilangan program)

:      0.00

d.  Menyatakan sumber kewangan yang akan disediakan oleh:

i.      Peruntukan Pertubuhan Sendiri;

ii.      Sumbangan kewangan daripada sumber lain (nyatakan agensi dan jumlah peruntukan);

iii.      Kutipan bayaran daripada peserta (jika ada); dan

iv.      Peruntukan kewangan yang dipohon dari KPWKM.

Penjelasan Program

8.          FAEDAH

a. Jelaskan faedah yang akan diperolehi oleh peserta daripada program yang dianjurkan ini.

b. Contoh:

Lebih kurang 1,500 pekerja wanita yang menyertai seminar ini akan mendapat faedah seperti berikut:

Memperolehi pengetahuan berkenaan gangguan seksual.

Pengetahuan yang diperolehi oleh     pesertadapat disebarluaskankepada rakan-rakan mereka. Jaringan pengetahuan    juga dapat diperluaskan kepada pekerja wanita yang tidak mempunyai peluang untuk menghadiri seminar seperti ini.

Faedah 2

(Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Faedah 2)

Faedah 3

(Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Faedah 3)

Faedah 4

(Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Faedah 4)

Faedah 5

(Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Faedah 5)

Faedah 6

(Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Faedah 6)

9.          KESIMPULAN

a. Menjelaskan bagaimana pihak Pertubuhan boleh membantu Kerajaan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada  kumpulan  sasar  melalui  program-program  yang dilaksanakan.

b. Contoh:

Seminar Mencegah, Membasmi dan Menangani Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Tempat Kerja merupakan program yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pembangunan                         wanita, Keluarga dan Masyarakat dan (Nama Pertubuhan). Melalui seminar seperti ini, pengetahuan dan kesedaran berkenaan gangguan seksual dapat disebarluaskan kepada masyarakat secara amnya dan pekerja wanita secara khususnya.

Muat Turun Kertas Kerja

Berikut kami sediakan beberapa contoh kertas kerja untuk di download yang boleh anda jadikan sebagai panduan

Download Secara Percuma 20 Contoh Kertas Kerja Pelbagai Bidang

  • 1. Download Contoh Kertas Kerja Telekomunikasi
  • 2. Download Contoh Kertas Kerja Salon Kecantikan
  • 3. Download Contoh Kertas Kerja Catering
  • 4. Download Contoh Kertas Kerja Restoran
  • 5. Download Contoh Kertas Kerja Lembu
  • 6. Download Kertas Kerja Percetakan
  • 7. Download Contoh Kertas Kerja Koperasi
  • 8. Download Contoh Kertas Kerja Kambing
  • 9. Download Contoh Kertas Kerja Burung Puyuh
  • 10. Download Contoh Kertas Kerja Cendawan
  • 11. Download Contoh Kertas Kerja Ladang Sayuran
  • 12. Download Contoh Kertas Kerja Frozen Food
  • 13. Download Contoh Kertas Kerja Makanan Ringan
  • 14. Download Contoh Kertas Kerja Dobi
  • 15. Download Contoh Kertas Kerja Buah Naga
  • 16. Download Contoh Kertas Kerja Ikan Keli
  • 17. Download Contoh Kertas Kerja Jahitan
  • 18. Download Contoh Kertas Kerja Bakeri
  • 19. Download Contoh Kertas Kerja Cybercafe
  • 20. Download Contoh Kertas Kerja Menternak Cacing

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Contoh Kertas Kerja ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes