Cara Buat Resume Terbaik 2024 Posted on March 6, 2024March 7, 2024 By mymalaysiakini.com Cara Buat Resume Terbaik 2024 Cara buat resume – Lengkap beserta contoh Terbaik perlu diambil serius terutama kepada semua yang sedang mencari kerja dimana sahaja. Hal ini sangat penting dan akan dipandang serius oleh pihak majikan semasa menapis resume dari beribu-ribu calon yang menhantarnya. Disini kami berikan beberapa tips dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mencipta resume yang baik dan disukai majikan. Perlu kita ingat, resume yang panjang dan penuh detail tak semestinya yang terbaik. Tips Cara Buat Resume Terbaik Antara tips yang boleh anda ikuti Cara Buat Resume : Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat. Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna. Memilih font yang kemas dan terang. Meletakkan dalam resume objektif kerja. Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh). Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka. Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan contoh resume lengkap beserta contoh. Ianya penting bagi setiap individu yang sedang mencari kerja terutama graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian. Selamat Maju Jaya! KESALAHAN BIASA DALAM MEMBUAT RESUME Berikut adalah antara kesalahan yang perlu kita elak dan kurang berkesan dalam menyediakan resume. yang sempurna. Jangan terlalu banyak ruang antara point penting. Elakkan menggunakan font yang kurang menarik dan setiap isi penting perlu dabungkan menjadi ringkas dan padat. Kebanyakan para majikan tidak berminat untuk membaca kesemua kandungan dalam sesuatu resume, mereka hanyalah mencari kebolehan dah kepakaran kita sahaja. Persembahan maklumat kurang menarik. Ada maklumat yang tidak penting/diperlukan dan ini akan memberi kesan kepada perspeksi majikan nanti. Maklumat boleh dipadatkan ke hadapan dan jangan terlalu banyak ruang di antara point-point yang ada. Punca Resume Ditolak Sebelum kita teruskan ke panduan cara buat resume terbaik baca terlebih dahulu punca resume anda ditolak supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama. Berdasarkan maklumat yang keptennews terima, ada pelbagai sebab yang menyebabkan resume anda tidak menarik dan tidak dipertimbangkan sekaligus kena tolak antaranya kerana : Anda tidak senarai skill (kemahiran) yang anda miliki untuk ditawarkan di tempat kerja baru anda Resume cukup sekadar 2 muka surat. Jikalau berjela-jela sehingga ada 3 muka surat dan lebih pastinya resume anda tidak dilayan. Ini kerana anda kena faham, bukan resume anda sahaja di atas meja Alamat yang diberikan sangat kebudak-budakan dan tidak profesional ataupun menggunakan nama samaran Tidak boleh ada kesilapan tatabahasa mahupun ejaan Panduan Contoh Penulisan Resume Terbaik Untuk cara buat resume terbaik anda boleh ikuti beberapa tips yang keptennews kongsikan seperti di bawah ini: Pastikan resume anda guna font yang profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva Gunakan font size antara 10 hingga 12 sahaja Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat. Tumpukan lebih banyak untuk senarai pengalaman kerja anda sebelum ini, kemahiran yang anda miliki, pencapaian tertinggi anda setakat ini. Ini antara elemen yang diperhatikan terlebih dahulu oleh majikan anda Senaraikan tahap pendidikan anda dari keputusan SPM sehingga pengajian tertinggi anda Buat resume ringkas tetapi padat sehingga sekali majikan anda terpandang terus mendatangkan minat untuk membelek selama beberapa saat. Samada dipertimbangkan atau tidak terpulang kepada ‘kualiti’ kandungan resume anda sendiri Cukup sekadar anda letakkan nama, jawatan serta nombor telefon yang perlu dihubungi untuk tujuan penegsahan segala maklumat berkaitan yang anda tulis pada resume tersebut. Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume Maklumat Perlu Ada Untuk Cara Buat Resume Terbaik Berikut dikongsikan ciri-ciri resume yang terbaik Hanya satu (1) mukasurat Meletakkan gambar yang profesional Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email (masukkan maklumat) Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12 Beza Resume Dan CV (Curiculum vitae) Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut: ResumeCV(Curiculum vitae)Satu muka suratDua atau tiga muka suratTiada format tetapTerdapat format yang perlu diikutiGambar digalakkanTidak perlu untuk sertakan gambarMaklumat yang berkaitan jawatan sahajaMaklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakanTidak perlu Cover LetterPerlu sertakan Cover Letter atau anda boleh baca di sini. Cara Buat Resume Terbaik:Panduan Penulisan Resume Format Terkini Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Cara Buat Resume Terbaik ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com