Jawatan Kosong DBKU: Dewan Bandaraya Kuching Utara Posted on March 7, 2024 By mymalaysiakini.com Jawatan Kosong DBKU: Dewan Bandaraya Kuching Utara Jawatan Kosong DBKU: Dewan Bandaraya Kuching Utara. Pemohon yang layak adalah dipelawa untuk memohon Jawatan Kosong di DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara). Iklan penuh Jawatan Kosong DBKU seperti berikut: DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (Jawatan Kosong) Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan berikut: Bil. Iklan: DBKU/5/2024 1 a) Jawatan: Penolong Jurutera Gred JA29 b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) d) Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kejuruteraan e) Taraf Jawatan: Kontrak 2. Jadual Gaji Penolong Jurutera Gred JA29:- Gaji Minimum RM 1,549.00 Gaji Maksimum RM 5,701.00 3. Antara Skop Tugas Utama a) Menyediakan rekabentuk cadangan awal dan anggaran kos kasar projek untuk jalan raya, parit, jambatan dan tembok. b) Menyediakan pelan kejuruteraan terperinci seperti pelan jalan raya, parit, jambatan, tembok, lokasi, tapak keratan memanjang, keratan rentas, struktur, tanda keselamatan dan petunjuk. c) Menyediakan spesifikasi projek, ringkasan tender, dan jadual kadar harga untuk tender dokumen. d) Menyiasat aduan dan permintaan awam mengikut jenis aduan, lawatan tapak, pelan lakaran dan ukur, gambar, anggaran kos, dan maklumbalas/ saranan. e) Menjalankan kerja-kerja ukur dan tinjauan tapak seperti mengukur aras jalan, parit dan lapangan serta menyukat mengikut kuantiti / jarak. Syarat Lantikan Jawatan Kosong DBKU Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; b) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan tang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] atau c) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,935.02] d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Cara Memohon Jawatan Kosong DBKU Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi termasuk nombor telefon peribadi yang mempunyai aplikasi whatapps, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan. dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Dewan Bandaraya Kuching Utara Tingkat 3, Bangunan DBKU Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya, 93050 Kuching Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing- masing berserta dengan perkara berikut:- a) Laporan Sulit b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan Tarikh Permohonan Tarikh Akhir Permohonan: 8 Mac 2024 (Jumaat) Catatan Am: (i) Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan :- Tidak lengkap Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan. (ii) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis, dan temuduga. (iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya. Iklan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (Jawatan Kosong) 1.Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan berikut: Jawatan: Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan Dan Kesihatan Taraf Jawatan: Kontrak 2. Jadual Gaji Pembantu Kesihatan Awam Gred U19:- Gaji Minimum RM 1,360.00 3. Antara Skop Tugas Utama Gaji Maksimum RM 4,052.00 a) Menyelia /memantau dan memeriksa Permis Makanan b) Menyelia / memantau dan memeriksa pasar / pusat penjaja dan kiosk c) Menjalankan aktiviti kawalan kualiti makanan d) Memeriksa, menyelia, mengambil tindakan pembetulan dan melapor berkenaan penyelenggaraan kebersihan sektor bawah jagaan. e) Membuat rondaan harian di sekitar kawasan sektor bagi mengawas dan menyelia kerja-kerja pembersihan oleh pekerja (DBKU atau Kontrak) f) Memeriksa kawasan dalam sektor bagi mengenalpasti keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan awam, mencacatkan kebersihan persekitaran dan mencemar alam sekitar. Syarat Lantikan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00); atau (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12). c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan KEUTAMAAN: Diberikan kepada mereka yang memiliki Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Cara Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi termasuk nombor telefon peribadi yang mempunyai aplikasi whatapps, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil- sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Dewan Bandaraya Kuching Utara Tingkat 3, Bangunan DBKU Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya, 93050 Kuching Pemohon di kalangan kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:- a) Laporan Sulit b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan Tarikh Akhir Permohonan: 8 Mac 2024 (Jumaat) Catatan Am: (i) Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan :- tidak lengkap tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan. (ii) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja. akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis, dan temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Untuk maklumat lanjut tentang Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU atau perkara lain berkaitan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU hubungi: DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak tel : 082-512200/ 082-512201 email : aduandbku@dbku.gov.my Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com