Biasiswa JPA 2024/2025 Permohonan Posted on March 13, 2024March 13, 2024 By mymalaysiakini.com Biasiswa JPA 2024/2025 Permohonan Biasiswa PIDN JPA : Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA kini telah DIBUKA. Program Biasiswa Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA boleh dimohon secara online. Permohonan Biasiswa PIDN JPA atas talian dibuka mulai 29 Februari 2024 (10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (11.59 malam) di Portal eSila JPA. Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Biasiswa Ijazah Dalam Negara PIDN JPA untuk makluman bersama. Apakah PIDN Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) JPA? Biasiswa PIDN JPA adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU). Syarat Umum Permohonan PIDN Program Ijazah Dalam Negara Berikut adalah syarat umum permohonan Biasiswa PIDN JPA Warganegara Malaysia. Mempunyai kesihatan yang baik. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan PIDN JPA (23 tahun bagi pelajar peralihan). Memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon PIDN JPA dan / atau ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA. Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama. Syarat Khusus Permohonan Biasiswa PIDN Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) Syarat khusus bagi permohonan Biasiswa PIDN JPA seperti berikut: Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian : Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.0 atau Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang- kurangnya 3.25 di peringkat diploma dari UA / Politeknik / IPTS / GLU yang disenaraikan Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa. Bidang Perubatan dan Pergigian Mempunyai keputusan LULUS bagi keputusan terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian dan Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa. Bidang Pengajian Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) Bidang pengajian yang layak memohon PIDN JPA seperti berikut: Kejuruteraan dan Teknikal Sains sosial Klinikal dan kesihatan Sains Senibina Veterinar Cara Permohonan PIDN JPA Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) Permohonan Program Ijazah Dalam Negara PIDN JPA dibuka secara atas talian di Portal JPA. Sila layari: https://esilav2.jpa.gov.my/ Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan, sila emelkan ke : penawaranisp@jpa.gov.my Tarikh Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) 2024/2025 Permohonan PIDN JPA atas talian dibuka mulai 29 Februari 2024 (10.00 pagi) sehingga 7 April 2024 (11.59 malam) Senarai Institusi Yang Ditaja PIDN JPA Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA) Berikut senarai Institusi yang ditaja Biasiswa PIDN JPA 2024/2025: Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Politeknik Premier Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Multimedia (MMU) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Soalan Lazim Biasiswa JPA 1.Bagaimanakah cara untuk memohon program biasiswa penajaan JPA PIDN JPA menggunakan ePermohonan? Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan. 2.Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan? Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula. 3.Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut? Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Soalan Lain 4.Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program biasiswa tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran? Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan 5.Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan? Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut. 6.Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan? eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF. Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut. 7.Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan? Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Maklumat lanjut sila rujuk Set Soalan Lazim (FAQ) berkaitan biasiswa PIDN JPA melalui pautan di bawah ini: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/panduanMemohon.php?program=PIDN&auth=3599 atau hubungi : Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia. Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Biasiswa PIDN JPA 2024/2025 ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com