Cara Guna Skim Perubatan MADANI Posted on March 6, 2024March 7, 2024 By mymalaysiakini.com Cara Guna Skim Perubatan MADANI Cara Guna Skim Perubatan MADANI. Untuk pengetahuan anda, Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta di Malaysia. Baca di bawah untuk mengetahui Cara Guna Skim Perubatan MADANI. Cara Semak Kelayakan Skim Perubatan MADANI Untuk mengetahui anda layak atau tidak Skim Perubatan MADANI anda boleh membuat semakan di kelayakan di sini: SEMAKAN KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI Penyakit Di Bawah Skim Perubatan MADANI Skim ini merangkumi perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut seperti: Demam dan selsema Cirit-birit dan muntah Terseliuh Sakit kepala Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. Rawatan Di Bawah Skim Perubatan MADANI Manakala rawatan yang tidak terangkum dalam skim ini adalah: Imunisasi rutin Saringan kesihatan Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin Rawatan susulan ibu dan anak rutin Perancangan keluarga rutin Perkhidmatan rehabilitasi Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor Permintaan suplemen Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik sebagai kemudahan kepada golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga tarikh yang akan dikemaskini kelak, mengikut kategori berikut: Cara Guna Skim Perubatan MADANI Ikuti 4 langkah mudah di bawah untuk Cara Guna Skim Perubatan MADANI mendapatkan rawatan daripada Skim Perubatan MADANI: Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat. Soalan Lazim Cara Guna Skim Perubatan MADANI 1.Apakah Skim Perubatan MADANI? Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut). 2.Apakah objektif Skim Perubatan MADANI? Objektif Skim Perubatan MADANI adalah: -Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja. -Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP)) 3.Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI? Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 4.Siapakah yang layak menerima Skim Perubatan MADANI? Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak WAJIBmembuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain. 5.Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI? Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Sambungan Soalan Lazim 6.Apakah senarai rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI? Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini: Imunisasi/Vaksin Rutin Saringan Kesihatan Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala) Perancangan Keluarga Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja) Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor Permintaan Suplementasi 7.Apakah senarai simptom yang boleh dirawat dibawah pakej Skim Perubatan MADANI? Skim ini merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut seperti: Demam dan Selsema Cirit-birit dan Muntah Terseliuh Sakit kepala Trauma Ringan seperti luka ringan • Dan lain-lain 8.Adakah pakej rawatan Skim Perubatan MADANI juga melibatkan prosedur perubatan dan ubat-ubatan? Ya, seperti yang ditetapkan di dalam Skim Perubatan MADANI List of Services & Fee Schedule di PRIMIS Provider Portal. 9.Adakah penerima Skim Perubatan MADANI boleh mendapatkan rawatan di mana-mana Klinik Perubatan Swasta? Boleh dengan syarat Klinik Perubatan Swasta tersebut berdaftar di bawah Skim ini. Penerima boleh menyemak senarai klinik yang berdaftar di laman sesawang atau boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Guna Skim Perubatan MADANI atau perkara lain berkaitan Cara Guna Skim Perubatan MADANI anda boleh hubungi: ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. F01 & F02, Level 1, Block 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Cara Guna Skim Perubatan MADANI ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com