Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Bayaran STR Fasa 4 2024

Cara Permohonan STR 2024

Posted on March 14, 2024March 14, 2024 By mymalaysiakini.com

Cara Permohonan STR 2024

Cara Permohonan STR 2024: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan tunai kepada rakyat untuk tahun 2024 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR 2024)

  • Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
  • Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 .
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan.
  • Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. • Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Cara Memohon STR 2024 serta maklumat lain berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Panduan Cara Permohonan STR 2024

Cara Permohonan STR 2024 Secara Dalam Talian

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Cara Permohonan STR 2024 Hadir ke Pejabat LHDNM

  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  • Pejabat Satelit HASiL
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

Maklumat Penting Permohonan Baru & Kemaskini STR 2024

Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Bagi Pemohon berstatus Cerai sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Cara Penghantaran Borang Permohonan STR 2024 & Dokumen Sokongan

  • Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini  permohonan atau permohonan baharu; atau
  • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri  Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan

Soalan Lazim

A. PENGENALAN

1. S: Bilakah Permohonan Baru STR 2024 akan dibuka?

J: Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023

2. S: Bagaimanakah kaedah / cara permohonan baru STR 2024?

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

J: a. Permohonan Secara Dalam Talian

i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau

ii. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit

* Aplikasi ini tidak tersedia pada platform IOS

b. Cara Permohonan baru STR 2024 Melalui Borang Kertas

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

i. Portal Rasmi STR ; atau

ii. Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)

HASiL

3. S: Di manakah saya boleh menghantar Borang Permohonan STR yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan?

J: Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

a. Diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau

b. Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR

GPO Shah Alam

40800 Shah Alam

SELANGOR

Atau

Sekretariat STR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia

Presint 2

62592 PUTRAJAYA

Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

4. S: Apakah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2024?

J: Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2024:

a. Pemohonan Baharu;

b. Kemas Kini Permohonan;

c. Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan; dan

d. Perubahan Maklumat Asas Permohonan

SOALAN LAZIM CARA PERMOHONAN BAHARU STR 2024

5. S: Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

J: Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:

a. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta

b. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

c. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

6. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR?

J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

a. Pemohon:

i. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

ii. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau

iii. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

iv. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah;

atau

v. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024

b. Pasangan:

i. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

ii. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

c. Anak:

i. Anak Kandung

• Salinan Sijil Lahir; dan

• Salinan MyKad / MyKid

ii. Anak Angkat

• Salinan MyKad / MyKid; dan

• Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

7. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat permohonan STR?

J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan STR mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan STR hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad.

8. S: Saya berumur 20 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak memohon STR 2024 mulai 01 November 2023?

J: Ya. Anda layak membuat Permohonan STR 2024 bagi Kategori Bujang mulai 01 November 2023 kerana anda menepati syarat umur 21 tahun pada tahun 2024.

9. S: Saya bujang berumur 18 tahun pada tahun 2023 dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adakah saya layak memohon STR 2024 bagi kategori Bujang mulai 01 November 2023?

J: Ya. Anda layak membuat Permohonan STR 2024 bagi Kategori Bujang mulai 01 November 2023 kerana anda menepati syarat umur 19 tahun pada tahun 2024.

SAMBUNGAN SOALAN CARA PERMOHONAN BAHARU STR 2024

10. S: Saya merupakan pemohon bagi kategori bujang yang berumur 59 tahun pada tahun 2023 dan telah membuat permohonan baharu / kemas kini pada pada bulan November. Adakah permohonan saya akan dikategorikan sebagai permohonan Warga Emas Tiada Pasangan?

J: Ya. Permohonan anda akan dikategorikan sebagai permohonan Warga Emas Tiada Pasangan kerana anda menepati syarat umur 60 tahun pada tahun 2024.

11. S: Anak saya berumur 20 tahun pada tahun 2023 dan dikategorikan sebagai OKU kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan STR 2024?

J: Anak berkenaan tidak layak untuk didaftarkan sebagai anak / tanggungan di bawah permohonan STR anda. Walau bagaimanapun, anak berkenaan boleh memohon STR bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

12. S: Saya bujang berumur 19 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk membuat Permohonan STR 2024?

J: Tidak. Anda tidak layak untuk membuat Permohonan STR 2024 kerana syarat pemohon bujang mestilah berumur 21 tahun pada tahun 2024.

Anda hanya layak untuk membuat Permohonan STR 2024 bagi kategori Bujang jika anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

13. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 19 tahun bukan pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon STR dengan meletakkan anak saya di permohonan STR saya?

J: Tidak. Anda perlu memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak / tanggungan. Ini kerana anak berkenaan boleh memohon STR berasingan bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

14. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 50 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 21 tahun yang masih belajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon STR dengan meletakkan anak saya dalam maklumat permohonan STR saya?

J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di permohonan STR anda sekiranya menepati syarat kelayakan Anak. Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai ibu / bapa tunggal tiada anak / tanggungan.

SAMBUNGAN SOALAN CARA MOHON STR 2024

15. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang masih belajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon STR 2024 dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan STR saya?

J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di permohonan STR 2024 anda sebagai anak / tanggungan sekiranya menepati syarat kelayakan Anak. Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak.

16. S: Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya layak untuk memohon sebagai isi rumah?

J: Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah. Namun, permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

17. S: Sijil perkahwinan saya telah hilang apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?

J: Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status perkahwinan:

a. Kad nikah; atau

b. Sijil Lahir Anak

18. S: Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon STR kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?

J: Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali anda telah mendaftarkan perkahwinan dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon STR dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN sebagai bukti perkahwinan.

19. S: Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon STR?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.

20. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon STR?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.

SAMBUNGAN SOALAN PERMOHONAN BAHARU STR 2024

21. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi maklumat akaun bank. Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun bank, bagaimanakah saya boleh menghantar Permohonan STR?

J: Anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.

22. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi maklumat alamat e-mel. Apakah kegunaan alamat e-mel berkenaan?

J: Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan STR kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk tujuan berikut:

a. Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk; dan

b. Penyampaian makluman STR

23. S: Saya telah menghantar permohonan STR 2024 secara dalam talian. Walau bagaimanapun saya menerima mesej peringatan memaklumkan saya perlu memuat naik dokumen sokongan atau menghantar ke Pejabat HASiL. Bagaimanakah cara untuk saya kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL?

J: Anda digalakkan untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke Portal Rasmi STR semasa permohonan. Sekiranya anda ingin menghantar ke Pejabat HASiL, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) yang boleh diperolehi di Pejabat HASiL atau dimuat turun dari Portal Rasmi STR. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Serahan Dokumen Sokongan berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

24. S: Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

J: Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum permohonan anda diproses.

25. S: Saya telah menghantar Borang Permohonan STR ke Pejabat HASiL. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

J: Tidak. Kemas kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan baharu / kemas kini yang dihantar ke Pejabat HASiL / PS / UTC telah diproses oleh pegawai HASiL.

Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan STR selanjutnya perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL / PS / UTC dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) semula.

SOALAN LAZIM PERMOHONAN BAHARU STR 2024

26. S: Saya telah membuat permohonan STR secara dalam talian dan juga telah berjaya memuat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan di Sistem STR. Adakah saya masih perlu kemukakan semula dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL?

J: Tidak. Sekiranya dokumen sokongan yang diperlukan telah berjaya dimuat naik di Sistem STR semasa permohonan secara dalam talian, anda tidak perlu kemukakan semula dokumen berkenaan ke Pejabat HASiL.

27. S: Sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa permohonan STR 2024, bagaimanakah pembayaran akan dilakukan?

J: Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran adalah secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad. Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran STR, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan cepat.

28. S: Apakah jenis akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika permohonan STR 2024?

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian.

C. KEMAS KINI PERMOHONAN

29. S: Saya adalah penerima STR 2023. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

J: Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

a. perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;

b. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;

c. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;

d. tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

30. S: Sekiranya saya lulus STR 2023 dan tidak mengemas kini permohonan STR 2024 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak menerima STR?

J: Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

31. S: Semasa permohonan STR 2023 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan STR?

J: Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR 2024 dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa mengemas kini permohonan STR.

32. S: Saya telah menerima pembayaran STR 2023 dengan status ibu / bapa tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

J: Sekiranya permohonan wujud di portal STR 2024 dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemas kini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

33. S: Saya berumur 65 tahun dan berstatus kahwin. Adakah saya perlu kemukakan sijil nikah bagi pengesahan status perkahwinan?

J: Bagi pemohon STR yang berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), dokumen sokongan adalah tidak diwajibkan semasa permohonan STR 2024.

SOALAN CARA KEMAS KINI

34. S: Saya adalah penerima STR 2023 bagi kategori Isi Rumah dengan status Ibu Tungal dan mempunyai seorang anak (OKU) yang berumur 18 tahun yang masih belajar sepenuh masa. Adakah saya masih boleh mengekalkan maklumat anak tersebut semasa membuat Kemas Kini Permohonan pada November?

J: Anda masih boleh mengekalkan maklumat anak berkenaan sekiranya menepati syarat kelayakan anak. Sekiranya tidak menepati syarat kelayakan anak, anda boleh memohon di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak.

35. S: Suami saya adalah penerima STR 2023 dan meninggal dunia. Adakah saya perlu membuat Permohonan Baharu STR?

J: Ya. Anda boleh membuat permohonan baharu STR 2024 dengan status perkahwinan yang terkini.

36. S: Suami saya adalah penerima STR 2023 dan telah meninggal dunia sebelum 01 November 2023. Saya berstatus bukan warganegara Malaysia, adakah saya boleh membuat kemas kini permohonan STR 2024 atas nama suami saya?

J: Tidak. Pemohon yang meninggal dunia sebelum 01 November 2023 tidak layak untuk membuat permohonan STR 2024. Oleh itu, kemas kini ke atas permohonan suami tidak dibenarkan.

37. S: Saya telah mengemas kini permohonan pada November 2023. Adakah saya perlu mengemas kini permohonan pada setiap bulan bagi memastikan saya menerima setiap fasa pembayaran yang telah ditetapkan?

J: Bagi permohonan berstatus Lulus, anda tidak perlu mengemas kini permohonan sekiranya maklumat adalah sama. Anda akan menerima baki bayaran mengikut fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

38. S: Jika permohonan STR 2024 Lulus bagi kategori Isi Rumah dan pemohon / pasangan meninggal dunia, adakah pemohon / pasangan layak menerima bayaran bagi fasa seterusnya?

J: Ya. Sekiranya pemohon Lulus bagi kategori Isi Rumah dan meninggal dunia, pemohon / pasangan layak menerima bayaran bagi fasa seterusnya.

39. S: Sekiranya pemohon meninggal dunia pada tahun 2023, adakah pasangan perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024?

J: Ya. Pasangan perlu membuat Permohonan Baharu pada STR 2024.

40. S: Jika permohonan STR 2023 Lulus bagi kategori Isi Rumah dan pemohon meninggal dunia, adakah pasangan boleh membuat permohonan baharu STR 2024 dengan status perkahwinan terkini?

J: Ya. Pasangan boleh membuat permohonan baharu STR dengan status perkahwinan terkini dan amaun bayaran bagi kategori terbaharu akan mengikut kelayakan fasa yang seterusnya. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR 2024.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Permohonan STR 2024 atau perkara lain berkaitan Cara Permohonan STR 2024 anda boleh hubungi:

Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747

E-mel: str@mof.gov.my

Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Alamat Kementerian Kewangan

Sekretariat STR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Presint 2, 62592 Putrajaya

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Cara Permohonan STR 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR Cara Permohonan STR

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes