Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Contoh Kertas Kerja

Contoh Format Kertas Kerja

Posted on March 6, 2024March 7, 2024 By mymalaysiakini.com

Contoh Format Kertas Kerja

Contoh Format Kertas Kerja, Berikut dikongsikan contoh format panduan untuk membuat kertas kerja. Anda boleh menggunakan format di bawah sebagai panduan untuk membuat kertas kerja. Format berikut boleh disalin kemudian digunakan untuk kemudahan anda.

Contoh Format Muka Depan Kertas Kerja

Bagi muka depan kertas kerja perkara-perkara berikut perlu ada: Dibawah adalah contoh format kertas kerja untuk program universiti.

CONTOH FORMAT KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM

(tajuk program)

KOD KULLIYYAH/ KUMPULAN KLUSTER:

TARIKH:

31 JULAI 2018 (SELASA)

TEMPAT:

DEWAN TUANKU PERMAISURI HAJAH HAMINAH

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM

MU’ADZAM SHAH

(UniSHAMS)

ANJURAN:

KULLIYYAH/ KUMPULAN KLUSTER

DENGAN KERJASAMA

(sekiranya ada)

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

(UniSHAMS)

Contoh Format Muka Depan Kertas Kerja

Muka Surat Seterusnya Contoh Format Kertas Kerja

1. TUJUAN

(jelaskan tujuan kertas kerja diadakan:- untuk mendapat kelulusan program dan bantuan kewangan ) Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan daripada pihak penggurusan tertinggi untuk perlaksanaan program (………)

2. PENGENALAN

(pendahuluan menjelaskan sedikit sebanyak mengenai pengenalan program)

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak kulliyyah/Kluster terhadap perkaraperkara berikut:

i. Latar belakang program yang akan dijalankan.

ii. Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar

iii. Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada)

3. OBJEKTIF(objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran program ini)

3.1 Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai.

3.2 Memberikan huraian objektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak melerat lerat.

3.3 Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak luar.

4. JUSTIFIKASI

Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program

5. ANJURAN

Persatuan kulliyyah/ Kluster Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

6. DENGAN KERJASAMA (sekiranya ada)

Sila nyatakan nama pihak tersebut sekiranya ada bekerjasama dengan pihak luar

Tambahan Cara Buat Kertas Kerja Lengkap

7. BUTIRAN PROGRAM

Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus

TARIKH :

HARI :

TEMPAT :

8. SENARAI NAMA TETAMU TERHORMAT DAN PERASMI PROGRAM (sekiranya ada)

Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya berbeza )

9. SENARAI PENCERAMAH (sekiranya ada)

Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang dicadang

10. PESERTA / KUMPULAN SASARAN

i. Nyatakan siapa peserta program (sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar atau antarabangsa dan jumlahnya)

ii. Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih)

iii. Sertakan maklumat lengkap peserta

11. STRUKTUR OGRANISASI PELAKSANA PROGRAM

Lampiran A

12. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir program termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat, nama penceramah dan tajuk penceramah.

Kertas Kerja Ada Anggaran Belanjawan

13. ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran C

Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan:

i. Pendapatan

ii. Perbelanjaan

iii. Sumbangan

14. AKTIVITI LAIN (sekiranya ada)

Lampiran D

Nyatakan secara terperinci aktiviti- aktiviti sampingan lain yang dijalankan bersama program sekiranya ada sebagai contoh aktiviti keusahawanan.

15. PENUTUP

Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan

Penutup Format Kertas Kerja

16. TANDATANGAN

Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas kerja (pengarah), disemak oleh Ketua Jabatan/Dekan Kulliyyah, dan disokong oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.

Disediakan Oleh,

…………………………………………..

(kulliyyah/Ketua@Ahli Kluster)

Disemak oleh,

……………………………………………………………

(Ketua Jabatan/Dekan)

Disokong oleh,

………………………………………………………….…………

(NAMA )

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Diterima oleh,

………………………………………………

(NAMA)

Timbalan Pengarah Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan

Pusat Pengurusan Siswazah dan Penyelidikan (PPSP)

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Ulasan:

……..…………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

Untuk Format Lengkap Pdf Rujuk SINI: Kertas Kerja Pdf

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Contoh Format Kertas Kerja ini memudahkan urusan anda.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes