Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Jawatan Kosong PKPS

Jawatan Kosong PKPS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

Posted on March 7, 2024March 7, 2024 By mymalaysiakini.com

Jawatan Kosong PKPS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

Jawatan Kosong PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di PKPS ini untuk panduan anda. Semoga berjaya.

IKLAN JAWATAN KOSONG

PKPS AGRO INDUSTRIES SDN. BHD.

(Anak Syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Syarikat PKPS Ehsan Marketing Sdn. Bhd. bagi jawatan seperti berikut:

Jawatan Kosong PKPS

Syarat Permohonan Jawatan Kosong PKPS

CALON BAGI LANTIKAN HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN SEPERTI BERIKUT:-

(a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

(b) Kelulusan/Kemahiran:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;
  2. Memperolehi sekurang-sekurangnya lima (5) kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel, PowerPoint dan sebagainya;

(c) Syarat kelayakan Bahasa Melayu: –

  1. Kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d) Kriteria Tambahan. –

  1. i)Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan berdisiplin:
  2. Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab, komited dan berdedikasi tinggi,
  3. Bersedia untuk bekerja lebih masa;
  4. Perwatakan menarik, sihat tubuh badan dan berat badan ideal;
  5. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia / pekerja asing / pentadbiran / kenderaan (logistik/automotif) / kewangan atau akaun adalah satu kelebihan;

(e) Deskripsi Tugas:

  1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi tugas- tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, pengumpulan data, logistik/automotif, kewangan / akaun dan pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi.

Cara Permohonan

Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon), Resume dan Salinan Sijil-sijil berkaitan boleh diemailkan ke kerani@pkps.gov.my

Atau dihantar ke alamat berikut:-

PKPS AGRO INDUSTRIES SDN. BHD.

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran,

Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

(U/P: Puan Majidah binti Mohd Said)

No. Telefon: 03-5650 2400

Maklumat Penting Pemohon Jawatan Kosong PKPS

(a) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(c) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

  1. selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
  2. selepas 3 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

(d)Jika layak dipanggil temuduga tuan/puan perlu membawa (Sijil Asal & salinan):-

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan Sijil Kelahiran;
  3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia; iv) Salinan Sijil Kemahiran (jika ada);
  4. Salinan Sijil-sijil lain yang boleh menyokong permohonan;
  5. Sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan);
  6. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin).

Trikh Permohonan Jawatan Kosong PKPS

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

: 7 MAC 2024

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

: 20 MAC 2024

Iklan Penuh Jwatan Baca: Jawatan PKPS

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong PKPS atau perkara lain berkaitan Jawatan Kosong PKPS hubungi PKPS seperti berikut:

PKPS AGRO INDUSTRIES SDN. BHD.

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran,

Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

(U/P: Puan Majidah binti Mohd Said)

No. Telefon: 03-5650 2400

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Jawatan Kosong PKPS ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes