Jawatan Kosong SUK Kelantan: Pembantu Veterinar G19 Pegawai Veterinar GV41
Iklan Jawatan Kosong SUK Kelantan bagi jawatan Pembantu Veterinar G19 Pegawai Veterinar GV41. Mereka yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di SUK kelantan yang dibuka untuk permohonan seperti dibawah.
Senarai Jawatan Kosong SUK Kelantan
Berikut adalah senarai Jawatan Kosong SUK Kelantan yang dibuka untuk permohonan:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan :-
BIL NAMA JAWATAN GRED SYARAT LANTIKAN
1 PEGAWAI VETERINAR GV41
SPM / SPVM / SVM :-
BIL NAMA JAWATAN GRED SYARAT LANTIKAN
1 PEMBANTU VETERINAR G19
SYARAT LANTIKAN AM
Warganegara Malaysia.
Cara Memohon Jawatan Kosong SUK Kelantan
Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja Kilik : Jawatan Kosong SUK Kelantan
Calon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja
Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga atau boleh dibuat pelantikan secara terus mengikut kesesuaian yang difikirkan munasabah. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas EMPAT (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Pelantikan calon adalah tidak terikat dengan jawatan yang dimohon dan boleh sahaja ditawarkan apa-apa jawatan yang dianggap sesuai serta munasabah.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
PERANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merupakan sekretariat kerajaan negeri yang mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan pentadbiran negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai tujuh belas (17) bahagian dan unit sokongan yang terdiri daripada:
- Unit Perancang Ekonomi Negeri
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Kerajaan Tempatan
- Bahagian Perumahan
- Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Unit Audit Dalam
- Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Pejabat
- Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
- Bahagian Pengurusan Korporat
- Bahagian Integriti dan Tadbir Urus
- Bahagian Koordinasi dan Program Khas
- Bahagian Koridor dan Insfrastruktur dan Sistem Geospatial
- Bahagian Penguatkuasaan
- Bahagian Undang-undang
- Bahagian Pengurusan Bencana
- Bahagian Pelaburan
- Bahagian Sekretariat SUKMA
Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan Ketua Pentadbiran Negeri dan juga bertindak sebagai Ketua Pejabat bagi semua Jabatan/Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan. Justeru itu Jabatan/Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tersebut bukan sahaja bertanggungjawab kepada Kementerian di peringkat pusat tetapi secara tidak langsungnya bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Awam.
Sambungan
Ini kerana kedua-dua badan berautonomi ini menerima pakai peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam berkaitan dengan pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan perkhidmatan, arahan-arahan pentadbiran, syarat-syarat perkhidmatan dan juga Sistem Saraan yang mana para pegawai dan kakitangan mereka juga menerima pencen dan faedah persaraan sebagaimana yang dinikmati oleh anggota Perkhidmatan Awam.
Antara peranan utama yang dimainkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai sekretariat kerajaan negeri yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran negeri adalah:-
- Peranan sebagai pemimpin dan pelaksana.
- Peranan sebagai fasilitator, pengawal selia (regulator).
- Peranan sebagai penyelaras strategik negeri.
- Perhubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat.
- Peranan Sebagai Pemimpin dan Pelaksana
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertindak sebagai pemimpin dan pelaksana dalam menerokai bidang-bidang baru bagi menjamin pembangunan yang selaras antara negeri dan pusat yang berterusan dalam mencapai objektif negara.Terutamanya dalam merealisasikan agenda pembangunan sumber manusia dalam menetap dan melaksanakan hala tuju yang strategik bagi melahirkan keperluan modal insan yang diperlukan oleh negara bagi menghadapi daya saing negara dan cabaran global.
Keterangan Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan lain berkaitan Jawatan Kosong SUK Kelantan boleh hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU
Seksyen Pembangunan Organisasi
(09) 747 0890
(09) 748 1957 samb. 2142 atau 2119
Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Jawatan Kosong SUK Kelantan ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah.
- Mati Pasti
- Jangan Tinggal Al-Mulk
Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com