Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan / Tukar Kursus
Panduan Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan
Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2024/2025 Dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini kelak. Boleh semak panduan dibawah selain punca gagal dalam permohonan UPUonline dan bagaimana pihak UPUonline menyaring pemohon yang gagal dalam permohonan.
Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat permohonan rayuan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik. Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Sekiranya selepas semakan keputusan, anda gagal dalam permohonan atau ditawarkan ke kursus pengajian BUKAN PILIHAN selain bidang itu susah dapat kerja selepas tamat pengajian, kami nasihatkan untuk baca artikel perkongsian berkaitan permohonan rayuan UPU dibawah yang boleh membantu anda membuat keputusan lebih tepat.
Pihak UPU membuka peluang permohonan rayuan UPU kepada mereka yang tidak berjaya dalam mendapatkan tempat pada permohonan UPU yang lepas. Permohonan rayuan UPU ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan permohonan rayuan UPU calon yang gagal dalam permohonan.
Untuk memudahkan anda, anda boleh memuat turun aplikasi UPU pocket yang telah dibangunkan oleh KPM untuk memudahkan urusan UPU anda,. Baca: UPU Pocket 2.0:Cara Muat Turun Semakan Permohonan & Permohonan Rayuan
Permohonan Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan
Setelah permohonan rayuan berjaya anda dinasihatkan membuat pengesahan setuju terima tawaran kemudian anda boleh mula menyemak tawaran biasiswa bagi meringankan beban kewangan anda semasa melanjutkan pelajaran.
Rayuan Online Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2024/2025
Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat permohonan rayuan UPU melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU :
Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Tarikh Rayuan UPU Sesi Kemasukan 2024/2025
Permohonan rayuan UPU online bagi sesi kemasukan 2024/2025 akan dibuka dan ditutup permohonannya seperti tarikh berikut:
Tarikh Buka : akan dikemaskini
Tarikh Tutup : akan dikemaskini
Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025
Untuk semakan keputusan rayuan kemasukan UPU sesi 2024/2025 anda juga boleh menyemak di pautan yang sama https://upu.mohe.gov.my/
Tarikh semakan keputusan rayuan UPU online akan kami kemaskini setelah mendapat maklmat yang akan dimumkan oleh pihak KPT kelak.
Panduan Jika Permohonan UPU Tidak Berjaya
Untuk pemohon dari lepasan SPM dan STPM atau setaraf, sekiranya permohonan tidak berjaya perlu melakukan langkah persediaan bagi memastikan anda boleh sambung belajar. Inilah tip yang boleh anda pertimbangkan.
1. Buat Rayuan
Sebelum buat keputusan untuk masuk ke IPTS, kemukakan rayuan anda. Ramai pemohon yang sebelum ini tidak diluluskan, tetapi akhirnya berjaya mendapat tawaran meskipun keputusan yang diperolehi kurang baik. Rayuan yang boleh dibuat ialah rayuan fasa 1 dan 2 bagi lepasan STPM dan setaraf.
2. Pilih Kursus yang Jarang Dipohon
Dalam rayuan, pemohon lepasan SPM dan setaraf dibenarkan memilih 2 kursus, sedangkan lepasan STPM dan setaraf boleh mengambil 4 kursus mengikut kelayakan. Agar permohonan berjaya, dinasihatkan anda mengambil kursus yang tak ramai peminat dan berkemahiran.
Kursus tersebut misalnya programming, arts, accounting, dan graphic design. Meskipun bidang ini dibutuhkan dalam industri semasa, tak ramai graduan berminat belajar dalam bidang berkenaan. Jadi disarankan anda mengambil kursus yang sesuai dengan industri semasa dan menjanjikan peluang kerjaya selepas pengajian tamat.
3. Buat Kajian IPTS yang Sesuai untuk Anda
Sambil menunggu keputusan rayuan, buatlah kajian mengenai IPTS yang menawarkan kursus yang anda minat. Di IPTS memang majority kursus yang ditawarkan mempunyai kemahiran dan menepati kebutuhan industri. Untuk menyemak kursus, cuba layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Di sini anda boleh menyemak kursus yang ingin dipohon dan IPTS yang menawarkan kursus berkenaan. Selepas itu, masuk terus ke laman web rasmi IPTS yang anda rasa sesuai untuk menyemak kelayakan, yuran pengajian, dan tarikh pengambilan.
Seterusnya
4. Memilih IPTS
Apabila permohonan UPU benar-benar gagal, anda perlu ambil keputusan untuk masuk IPTS bagi menyambung pengajian. Pilihlah IPTS yang menawarkan pembiayaan mudah atau beasiswa, atau sekurang-kurangnya anda perlu bayar separuh yuran sahaja. Coba layari laman rasmi IPTS di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti UNIKL, KUPTM, dan KPTM yang menawarkan pinjaman mudah. Selain itu, anda boleh ambil diploma kemahiran seperti ADTEC, GMI, dan JMTI.
5. Buat Pertimbangan Hasil Rayuan
Apabila anda telah mendapat tawaran selepas keputusan rayuan diumumkan, buatlah pertimbangan sama ada menerima atau menolaknya. Buat keputusan yang bijak termasuk mengambil kira potensi kerjaya pada masa hadapan, tempoh pengajian, dan yuran pengajian.
Kesimpulannya, bagi lepasan SPM dan STPM atau setaraf perlu memohon UPU Online dan mendapatkan UPU Pocket bagi memudahkan mencari kursus-kursus di institusi pengajian tinggi dan university awam. Untuk yang gagal memohon pula, tidak perlu berkecil hati karena masuk ke IPTS pun tak kurang baiknya.
Maklumat Lajut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan rayuan UPU Online atau maklumat lain berkaitan layari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/ atau hubungi mereka seperti berikut:
ALAMAT RASMI:
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai permohonan rayuan UPU Online sesi kemasukan 2024/2025 ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah.
- Mati Pasti
- Jangan Tinggal Al-Mulk
Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com