Skip to content
mymalaysiakini.com
mymalaysiakini.com
Semak Semula Keputusan STPM/STAM

Semak Semula Keputusan STPM/STAM:Cara Rayuan

Posted on March 9, 2024March 9, 2024 By mymalaysiakini.com

Semak Semula Keputusan STPM/STAM:Cara Rayuan

Semak Semula Keputusan STPM/STAM:Cara Buat Rayuan Cetak Borang Semakan

Bagi calon yang mengambil peperiksaan STPM/STAM tahun 2023/2024 sekiranya anda tidak yakin dengan keputusan STPM/STAM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia anda boleh semak semula keputusan STPM/STAM tersebut. Semakan boleh dibuat untuk kemudahan kepada anda mengetahui sekiranya berlaku kesilapan semasa sesi pemarkahan kertas peperiksaan anda.

Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan STPM/STAM dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melakukan kesilapan pada keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia nanti, maka anda, boleh membuat permohonan semak semula keputusan STPM/STAM anda.

Pelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan STPM/STAM yang diumumkan, boleh membuat permohonan semak semula keputusan STPM/STAM dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing..

Untuk pengetahuan semua, keputusan STPM/STAM bagi calon yang menduduki STPM/STAM tahun 2023/2024 akan dikeluarkan pada *tarikh yang akan dikemaskini. Selepas tarikh tersebut anda boleh mula meneliti keputusan sama ada ingin semak semula keputusan STPM/STAM tersebut atau menerima keputusan tersebut.

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan STPM/STAM

Menurut Kementerian Pendidikan terdapat dua kaedah untuk membuat semakan semula keputusan STPM/STAM yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Berikut dikongsikan kaedah semak semula keputusan STPM/STAM tersebut. 

Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut keupayaan masing-masing seperti berikut:

1. Mengisi Borang Permohonan Semak semula keputusan STPM/STAM Secara Manual

Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).

Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Atau cetak borang di SINI.

2. Semak semula keputusan STPM/STAM online

Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan mengisi Cara Online maka anda perlu melakukan permohonan

Melalui e-Lembaga Peperiksaan

Panduan Menggunakan Borang

Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan didalam borang tersebut seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Surat Menyurat
  • No. Telefon IuBapa Penjaga
  • No Angka Giliran
  • Tempat Mengambil Peperiksaan Nombor Pusat Peperiksaan & Nama Pusat
  • Seterusnya masukkan maklumat mata pelajaran yang ingin disemak.

Muka surat seterusnya adalah berkaitan bayaran dan juga pengesahan. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Jangan lupa kepilkan semua maklumat lain yang diperlukan seperti salianan keputusan STPM/STAM.

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan STPM/STAM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kadar Bayaran Dan Proses Permohonan Semak semula Keputusan STPM/STAM

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan STPM/STAM adalah sebanyak RM100 bagi setiap satu mata pelajaran. Dan hanya kaedah bayaran seperti berikut diterima.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

1.Bagi Permohonan Melalui Pos

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

2.Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Senarai Semak Sebelum Menghantar Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan STPM/STAM

  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi.
  • Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan STPM/STAM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan.
  • Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  • Dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.
  • Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN STPM/STAM ” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Menengah Atas)

Keputusan Permohonan Semakan Semula Keputusan STPM/STAM

Semua Keputusan permohonan semakan semula keputusan STPM/STAM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

tarikh keputusan semakan semula keputusan STPM/STAM 2023/2024

Peraturan Semak Semula Keputusan STPM/STAM

Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan STPM/STAM 2023/2024 yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-

  • Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  • Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  • Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan STPM/STAM 2023/2024, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  • Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan STPM/STAM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Menengah Atas)

Penting

Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan semak semula keputusan STPM/STAM yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan STPM/STAM maka borang tersebut tidak akan diproses.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan STPM/STAM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Untuk peraturan penuh semakan semula keputusan STPM/STAM STPM/STAM anda boleh semak di pautan: PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULAKEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya pelajar dan ibubapa mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara semakan semula keputusan STPM/STAM atau perkara lain berkaitan boleh layari http://lp.moe.gov.my/

juga boleh ajukan pertanyaan kepada Kemeterian Pendidikan Unit Menengah Atas melalui talian 03-88843175/3357/3356

Hubungi Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785

atau melalui e-mel: lp.spm@moe.gov.my

Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai cara semak semula keputusan STPM/STAM ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan calon STPM/STAM lain. Semoga berguna insyaAllah.

  • Mati Pasti
  • Jangan Tinggal Al-Mulk

Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 mymalaysiakini.com | WordPress Theme by SuperbThemes