Surat Perjanjian Perkongsian CIDB Posted on March 26, 2024 By mymalaysiakini.com Surat Perjanjian Perkongsian CIDB Contoh Surat Perjanjian Perkongsian CIDB: Surat Perjanjian Perkongsian CIDB perlu digunakan jika anda ingin mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB. Perjanjian Perkongsian CIDB ini perlu dibuat oleh semua pihak yang ada kepentingan di dalam syarikat tersebut. Terdapat beberapa perkara yang perlu dimasukkan kedalam surat tersebut bagi melayakkan surat itu diterima oleh pihak CIDB. Berikut dikongsikan contoh surat Perjanjian Perkongsian CIDB serta panduan membuat Perjanjian Perkongsian CIDB ini yang boleh anda gunakan sebagai panduan anda. Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI Syarat Perjanjian Perkongsian Berikut adalah syarat membuat Surat Perjanjian Perkongsian CIDB yang perlu diikuti. Jika anda tidak mengikuti syarat anda akan mendapat mesej dari pihak CIDB seperti berikut yang disertakan sekali panduan yang perlu anda ikuti: Pada Bahagian Dokumen, syarikat tidak memuatnaik perjanjian perkongsian bagi tujuan semakan. Untuk makluman, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu ada dalam perjanjian perkongsian: i. Nama syarikat ii. Tarikh perjanjian (Pastikan terkini (2023 sahaja) iii. Pemilik saham (Nama, No IC, Tandatangan) iv. Saksi (Nama, No IC, Tandatangan) v. Pecahan saham (pastikan sama seperti yang diisytihar pada tab Perkongsian Perniagaan) Mohon semak dan kemaskini maklumat tersebut. Sehubungan dengan itu sekiranya masih mahu meneruskan pendaftaran ini, tuan dikehendaki membuat permohonan semula melalui laman sesawang CIDB di www.cidb.gov.my dengan mengisi borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yuran proses yang telah ditetapkan. Adalah ditegaskan bahawa pihak tuan tidak dibenarkan menjalankan sebarang kerja-kerja pembinaan sebelum berdaftar dengan Lembaga. Tindakan undang-undang boleh dikenakan jika pihak tuan gagal mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Lembaga. Contoh Perjanjian Perkongsian CIDB Contoh Perjanjian Perkongsian CIDB yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut, anda juga boleh menghubungi pihak kami jika ingin membuat perjanjian seperti ini dengan bayaran tidak lebih RM100.00 untuk 1 perjanjian. Jika anda ingin mendapatkan surat perjanjian melalui perkhidmatan kami sila hubungi mymalaysiakini di talian: Whatsapp sahaja: 01165656106. Download Contoh Perjanjian Perkongsian CIDB Maklumat Lanjut & Pertanyaan Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan lain berkaitan panduan membuat Perjanjian Perkongsian CIDB ini anda boleh hubungi: CIDB CARELINE 03-55673300 atau layari: https://cims.cidb.gov.my/ Terima kasih. Semoga perkongsian mymalaysiakini.com mengenai Contoh Perjanjian Perkongsian CIDB ini memudahkan urusan anda insyaAllah. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan lain. Semoga berguna insyaAllah. Mati Pasti Jangan Tinggal Al-Mulk Semoga Bermanfaat mymalaysiakini.com